31 May 2010

Hantaran Garden Theme

Posted by Lilyana at Monday, May 31, 2010 0 comments
Dalam sibuk2 tgh pack barang untuk pindah rumah jumaat lalu sempat lagi siapkan cupcake ni.. sebenarnya mertua yang request untuk diberikan kepada saudara sebelah husband saya untuk dijadikan hantaran.. Ingat xmau buat dah sebab hari yang sama juga nak kena angkut barang masuk lori untuk di bawa ke rumah baru..tapi memandangkan mak dah request kena la saya buat juga.. menantu yang baik kan...hehe







Memandangkan saya baru jer beli Garden Tone colour from Wilton so saya cuba buat design garden theme untuk cupcake ni... ok x?








Twin's Besday

Posted by Lilyana at Monday, May 31, 2010 0 comments


Ordered by Ina from Taman Gembira (weee gembiranya!!) , Bayan Lepas for her daughters... more interesting is her daughters TWIN namely Hana and Hani... best nyer dapat twin.. bila la nak dapat twin cam ni...pompuan lak tu...



Ini untuk Hana



Ini pula untuk Hani

Hantaran Kawin

Posted by Lilyana at Monday, May 31, 2010 0 comments


Repeat order dari Husna. Sebelum ni husna order untuk hantaran masa pertunangannya, yg ni pula katanya untuk diberikan pada jirannya untuk dijadikan hantara. Terima kasih yer Husna..nanti order lagi yer..




27 May 2010

Hepi Bday Mama

Posted by Lilyana at Thursday, May 27, 2010 0 comments



Order dari technician kat sekolah, Naja untuk mamanya yang tersayang sempena Hari Lahir mamanya... Ni pun last minute order gak... hari rabu petang order maunya khamis... so mlm tu pulun buat la...


Untuk mama Naja...selamat hari lahir moga panjang umur ....selamat melaram dengan sepersalinan kebaya dari anak mu itu...

24 May 2010

Hantaran Gallery

Posted by Lilyana at Monday, May 24, 2010 0 comments








22 May 2010

Kebaya Batik Sutera

Posted by Lilyana at Saturday, May 22, 2010 0 comments




Order dari Gee (kawan opis abg) untuk sambutan besday anak pompuan kesayangannya Nur Umairah... tema yang diminta pink kaler...

untuk Nur Umairah -
"Hepi besday to u, Hepi besday to u"




Order ni datang dari kak faridah..tidak ditentukan design yg dimahunya.. katanya design campur-campur... ni yang best, ni la masa untuk saya berkarya n buat R&D.. nasib la... haha.. ni order last utk malam ini.. dah kering idea nak buat design apa.. hentam saja lah... dannn ini lah hasilnya...sepersalinan kebaya batik sutera siap dengan handbag Gucci and selipar ijau... selamat melaram yer kak faridah...ahaks!!




Order dari kak.as... nak semua bunga rose... nah ni dia bunganya... semuanya bunga...bunga besar, bunga sedang, bunga kecil....tiada yang lain melainkan bunga..

opss!! ada daun skali

21 May 2010

Hijau Putih Lambang Kedamaian

Posted by Lilyana at Friday, May 21, 2010 0 comments
~ "Sesungguhnya kedamaian bisa ada di mana saja. Kerana setiaan dan penerimaan antara keduanya ia berada direlung hati dan jiwa kita. Nescaya kebagian sejati menanti di sana" ~

Cewahh..bermadah pulak pagi2 nih... inilah dia hasil kerja malam tadi...
Ditempah oleh Husna untuk dijadikan hantaran sempenan majlis perkahwinannya
Hijau dan Putih temanya...

Selamat Pengatin Baru untuk Una & Kuon.. Moga bahagia ke anak cucu cicit ....



19 May 2010

Hepi Bday Danel & Nisah

Posted by Lilyana at Wednesday, May 19, 2010 0 comments
Jam menunjukkan pukul 12.35 pagi.. Tapi saya tak rasa mengantuk langsung pun ini semua angkara nescafe yg diteguk tadi. awal2 tadi ngantuk giler tapi ikut ati nk gi tido jer tapi xleh sbb kena siapkan tempahan dari Mutiara.com Sdn Bhd sempena sambutan hari jadi staffnya esok (eh! dah masuk hari rabu ni...so hari ni ler bdaynya) ...

lepas dah siap 30 biji cupcakes untuk bday ni rasa lega jer... mana taknyer kul 5 baru balik dari sekolah kerana menghadiri kursus LDP, kul 7 tadi baru mula masuk dapur.. dengan kek belum dibakar..fondant pun dah habis, kena masak yang lain lak..memang agak kelam-kabut gak tadi..tp nasib baik si suami byk tolong .. siap tolong ayak aising sugar lagi...haha... steady la papa!!...


Thanks Mutiara.com for the support especially Riza dari HR dept..


Hepi besday to Danel & Nisah !! Enjoy ur cakes


Siap di pek



Branded handbag!


Order dari kak wasida utk diberikan kepada guru sekolah anaknya... niat yg murni tu :D



set ke-2




16 May 2010

Cupcake for teacher

Posted by Lilyana at Sunday, May 16, 2010 0 comments

Baru jer selesai menyiapkan tempahan dari kawan2 abang.. sepanjang hari saya menghadap cupcake.. walaupun badan penat tapi seakan-akan kepenatan tu hilang apabila melihat hasil kerja. seakan terapi untuk hilangkan penat dan stress pula.. bila saya pegang jer fondant seakan-akan hayut dari dunia nyata. membentuk fondant menjadi apa sahaja... kasut baby yg comel, jersy, baju, seluar, lipstik, compact powder.. pendek kata macam2 leh dibentuk.itu yg membuat saya hanyut seketika... seperti dah jatuh cinta pada kek kecil molek nih.. pergi mana2 pn asyik teringat padanya..uhuks!


semasa saya tengah menyiapkan kek tadi tiba2 anak lelaki bertuah saya tu datang... "Mama buat la kek utk cikgu Haiqal" katanya. "Nak bape biji?" aku tanya padanya. "Nak dua jer. 1 utk cikgu Bahasa Malaysia, 1 utk cikgu Bahasa Inggeris" katanya lagi. aku pn buat la 2 biji cupcake seperti yg dimintanya. Mahunya handbag n bunga rose. Dalam hati saya terfikir pastinya guru berdua ni bukan guru yang garang Haiqal siap nk bg cupcake lagi. Semasa tengah asyik buat cupcake tu Haiqal kata "Mama tau dak cikgu ni garang". Saya tanya balik "Dah garang nape haiqal nak bagi kek kat cikgu?". Tau apa jawapan Haiqal?... "Kalau Haiqal bagi kat cikgu nanti cikgu x garang dah". Toing!!... macam tu pulak.. aku pn ketawa lah... Haiqal haiqal.. macam2 hal

Cupcake utk cikgu Haiqal..

Dikesempatan ini juga saya ingin ucapkan
Happy Anniversary to my sister, Noremey at Seksyen 32, Shah Alam.

"Happy Happy Anniversary and May your marriage be
Blessed with love, joy And companionship
For all the years of your lives "

15 May 2010

Selamat Hari Guru

Posted by Lilyana at Saturday, May 15, 2010 0 comments
Member abg order utk diberikan kepada guru sekolah anaknya sempena hari guru...
memandangkan tujuannya yg murni utk menghargai jasa seorang guru (termasuk saya la gak ler :P) yang telah berkorban utk anak bangsa maka saya bersungguh menyiapkan deko yg cantik2 untuknyer.. walaupun saya xpernah buat design buku, kasut sport, bola n jersy yg diminta olehnya tapi malam tadi ilham tu seperti senang jer datang..mungkin berkat hari guru yang bakal di sambut esok hari... and last but not least
Happy Teacher's Day for all Cikgu Cekgi






opss! telebih seksi lak..FINAS potong kang..















14 May 2010

Pink Gal Bday cuppies

Posted by Lilyana at Friday, May 14, 2010 0 comments


Setelah bersengkang mata malam tadi utk menyiapkan order emergency (just order yesterday) dari member satu opis abg(lupa lak namanya nnt saya update lain namanya yer).. actually tis cuppies for her daughter's bday.. kata my hubby her girl love pink kaler so i pun perah otak gak to design pink theme.. n finally tat the result..how?.. jangan lupa bg foto masa bday party tu nnt yer... anyway from autie lily for the little gal
"Happy birthday, may this day always be a special one to remember"


Wedding gown




13 May 2010

Hubby pn dah mula minat....

Posted by Lilyana at Thursday, May 13, 2010 0 comments
2 hari lepas hubby bawa cupcake ke opisnyer mula2 nak blanje kawan2 mkn cupcake jer...tapi memandangkan sambutan yg menggalakkan terus dijualnyer(eee..buruk siku)...haha....

Saya balik jer dr sekolah bubby terus tunjuk order dari kengkawannyer..nmpk nye dia pn dah mula minat nk berbisnes... senang la keje saya lepas nih... kan papa kan kan kan? :P



Ordered by hubby's colleague




Winter time!



Pink roses with emboss design


Dapat idea utk buat design ombak di pagi hari nan dingin




Idea ke2... put riben on love emboss design



Latest idea by me (baru dpt pagi tadi) specially for Zu QA from
Benchmark Electronic (Hubby's fren)

10 May 2010

on Mother's Day

Posted by Lilyana at Monday, May 10, 2010 0 comments
Sambutan hari ibu .....
My lovely son...


3 momies!!
(semuanya sedang menayang gelang yg masih hangat ditangan..ahaks..)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...